Facebook Badge

Pages

Monday, June 15, 2020

Isu dalam perceraian, suami isteri dan perkahwinan

https://forms.gle/2e8kMP8UM38QrEZJA 


Saya menyediakan platform untuk yang menghadapi masalah dlm perkahwinan bagi menceritakan permasalahan tersebut. Segala jawapan dan respon akan dihubungi semula bagi merungkai permasalahan


Perkahwinan adalah suatu perkara yang diimpikan setiap manusia. Ianya adalah fitrah manusia yang mendambakan perasaan untuk disayangi dan menyayangi.


Namun, jangan disangka langit cerah sampai ke petang lalu hujan di pertengahan. Masalah dalam rumahtangga yang kadangkala timbul  di pertengahan fasa meniti bahagia amat memeritkan lebih lebih lagi untuk kaum wanita. 


Tiada pengetahuan atau tiada tempat untuk mengadu kerana malu adalah sebab masalah tidak menemui jalan penyelesaian.


done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

Thursday, February 7, 2019

LINK GROUP ANXIETY / PANIC DISORDER

Assalamualaikum 🤗

Semoga semua yang mengalami panic / anxiety disorder dalam keadaan sihat dan masih tersenyum menghadapi penyakit ini.

Di sini, saya akan sharekan link facebook di mana salah satu cara saya dapatkan kembali semangat saya. Banyak saya meluahkan masalah di dalam group ni. Kadang- kadang saya menjadi silent reader. Baca setiap masalah daripada ahli ahli group. Ada juga artikel- artikel yang boleh jadikan panduan untuk kita pulihkan semangat kita.

LINK (FACEBOOK)

https://www.facebook.com/groups/ADMCGROUP/?ref=share

Harap bila anda semua join group ini, boleh membantu walaupun tak banyak , dalam kembalikan semangat dan kekuatan anda semua untuk sembuh.

TERIMA KASIH. 

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

Monday, October 22, 2018

AKU DAN ANXIETY DISORDER

Anxiety disorder adalah satu penyakit berkaitan dengan kebimbangan yang melampau. Permulaan, seseorang itu akan mengalami serangan panik. Dan seterusnya akan berlaku anxiety disorder ini. Simtptom yang berlaku adalah sama dengan simptom serangan jantung, oleh itu rata rata orang yang mengalami panic attack akan berasa takut terkena heart attack. Selain itu, nafas berasa pendek, dada ketat, tangan kebas kiri dan kanan. Fikiran seperti melayang, takut untuk tidur dan berasa seperti hendak mati. 

Aku juga adalah salah seorang yang mengalami penyakit. Hampir 5 tahun. Strugglenya aku nak hidup normal macam orang lain, hanya Allah sahaja yang tahu. Bila diingat semula macamana pertama kali aku diserang penyakit yang merubah hidup aku 360 darjah, aku jadi takut. Since aku dah terkena penyakit buat pertama kali time tu, sejak dri tu aku berulang alik hospital. Darussyifa. Aku takut untuk berseorangan. Aku takut nak tidur. Aku takut dengan semua benda. Hatta nyamuk gigit pun aku jadi takut. Aku jadi overthinking. Aku berhenti kerja notis 24 jam sebab aku jadi takut untuk drive kereta tapi orang tak faham. Orang ingat aku saja buat2 sakit. Takpe. Aku fikir ada hikmahnya aku behenti kerja. At least, Allah nak jauhkan aku dari kerja yang bergelumang dengan perkara yang Allah tak suka. Sakit ini slowly ubahkan aku. Even aku rasa aku time tu almost totally give up dengan life aku, tapi aku tahu Allah akan hadiahkan kemanisan untuk aku nanti. Allah rindu aku. Allah nak tegur aku. Allah nak cakap aku dah jauh sangat time tu. Aku refer doctor then dalam banyak2 doc aku jumpa, ada sorang doctor aku akan ingat sampai bila2, dia tak nak check aku sebab aku cakap aku anxiety. Dia letak pen terus. Dia cakap, orang ada anxiety lagi susah nak handle dari orang yang menipu MC. Aku rasa nak nangis dan marah. But why? Dia cakap anxiety suka create benda yang takde. Doc tu suruh aku selawat. Amalkan. Banyakkan berzikir. Yes. Aku juga pernah rujuk psikatrik tapi aku give up. Sebab tak jugak tenangkan hati aku. Aku lastly pilih untuk sembuh sendiri tapi sampai skrg still struggle dengan positifkan diri aku. Doakan aku. Aku sedang cuba skrg ni. 


For those yang sama2 tengah struggle lawan sakit ni, you all tak keseorangan. Ramai lagi yang sedang struggle sama2 kita. Jangan harap orang yang tiada sakit ni untuk faham kita sebab takde siapa yang tak pernah rasa boleh faham. Lawan. Yes. Mmg kadang2 susah, aku sendiri pun kadang2 tumbang untuk lawan. Allah takkan uji kalau kita tak mampu. Skrg ni, sakit ni slowly datang balik attack aku. Dah 4 tahun dia senyap sebab nak bagi ruang aku study tp tepat malam aku habis exam untuk final year, dia datang. Until saat aku menaip untuk update blog skrg ni. Aku nak nangis tapi aku takut aku jadi bertambah overthinking. Jadi aku tahan. Aku luahkan kat sini. Orang takkan boleh hadam apa yang kita rasa. Malam ni yang triggered anxiety datang , puncanya petang tadi aku macam excited tengok langit cantik, aku snap banyak kali dari dalam kereta. Tapi malam ni bila aku tengok balik gambar tu, aku jadi overthinking. Kenapa? Kenapa? And banyak kali perkara yang jadi dalam life aku minggu lepas yang sangat triggered anxiety untuk datang attack. Tengah tidur tiba2 terjaga dan rasa sangat takut tu dah jadi perkara biasa. Datang tempat intern esoknya, orang cakap aku lemau. Mcm lemau. Orang takkan faham. Jadi mampu senyum je. 

AKU TAK MINTAK BANYAK BENDA TAPI AKU NAK SANGAT LIFE AKU YANG DULU. HIDUP NORMAL MACAM DULU 😭

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

Wednesday, October 17, 2018

Bila anxiety nak pergi dari hidup aku?

Bila dikatakan mengenai kekuatan, aku rasa aku dah keluarkan segala kekuatan aku untuk lawan sakit ni. Aku kalah. After 4 tahun sakit ni sembunyikan diri, sekarang dia datang lagi. Allahu. Mungkin aku ada membuat sesuatu yang aku sendiri tidak sedar. Malah sekarang aku sendiri lupa bagaimana untuk mengawalnya. Aku takut. Cemas. Gelisah. Aku cari orang- orang yang boleh aku luahkan. Sungguh aku tak nak sakit ni datang kembali. 

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

Wednesday, August 31, 2016

Anxiety Disorder

Semoga diberi kekuatan kepada sesiapa yang mengalami Anxiety Disorder.
Semoga kita menjadi positif dengan sakit ini.
Anggaplah ianya satu teguran Allah untuk kita dan
 tanda sayangnya Allah pada kita kerana menguji kita dengan sakit ini.
 Allah uji kerana Allah sayang.
Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya.
 Allahumma Ameen.

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

Thursday, July 9, 2015

Anxiety Disorder.

Assalamaulaikum,

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika saya tak balas komen pada artikel anxiety sebelum ni. saya memang jarang sangat bukak blog. bila kesempatan je saya bukak.

Dulu bila saya mula2 kena, saya pun terfikir adakah saya keseorangan sakit ni? sampai lah saya jumpa group di facebook. Rupanya ramai lagi yang senasib macam saya iaitu anxiety disorder. banyak kata2 semangat dari ahli group yang buat saya kuat untuk lawan.

berkaitan dengan psikiatri, itu adalah salah satu jalan dan usaha kita untuk sembuh. saya sendiri pun mula2 berjumpa dengan psikiatri. takde rugi kalau jumpa. tapi sesiapa yang tak rujuk kepada psikiatri pun boleh sembuh asalkan kekuatan pada diri kita itu ada.

Saya faham bukan mudah untuk lawan. Saya dulu pun sama. makan masa juga untuk sembuh. tapi saya tak suka ANXIETY ni jadi saya beranggapan benda atau perkara yang saya tak suka, saya akan hilangkan dari hidup saya jadi susah macamana saya tetap akan lawan untuk hilangkan.

Alhamdulilah, sekarang saya semakin okay walaupun kadang2 anxiety ni ada datang juga.
bukan mudah untuk hilangkan sepenuhnya. mungkin kekuatan saya tak sekuat orang lain jadi tak mudah untuk anxiety ni hilang dari hidup saya. mungkin kakak dan abang2 yang kena anxiety ni lebih kuat dari saya. Jadi saya boleh , saya pasti orang lain boleh jugak.

Dulu bila saya terkena simptom "macam nak mati", mula2 memang gelabah sangat. menangis. takut. bila saya join group, banyak berkongsi pengalaman dengan orang yang berpengalaman, saya makin kuat hadapi simptom tu. bila simptom tu datang, saya akan berfikir "dari mula2 aku fikir macam tu, tapi sampai sekarang aku okay lagi. lagipun mati itu kan pasti. aku kena positif. ni semua anxiety. simptom anxiety. jadi aku okay je. aku tak sakit".

bila terkena simptom jantung berdebar laju dulu, saya akan terfikirkan sakit jantung. tapi sebenarnya takde pape pun yang jadi. kita cuma perlu berfikir ni semua anxiety. tarik nafas dalam2, tenangkan diri dan fikir kita takde pape. buat berulang kali, InsyaAllah, dalam beberapa minit kita akan okay. tenangkan diri dulu okay? InsyaAllah.
haa! lagi satu jangan google simptom sakit jantung. saya dulu pun suka mengoogle. buat macam ni akan buat kita jadi lebih panik. simptom anxiety ni bila dillihat memang lebih kurang dengan sakit jantung tapi kita bukan sakit jantung tapi anxiety sahaja. mainan fikiran sahaja. jadi mohon sangat bila kena simptom debar, sakit dada, nafas macam berat , jangan google. saya penah buat saya penah rasa macamana lepas google, memang tak membantu untuk okay kalau google. okay? InsyaAllah kita semua akan okay. :)

saya harap semuanya akan sembuh. bersabar dan teruskan bersabar. banyakkan berdoa. semua yang terjadi ada hikmahnya. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menghadapinya :) INSYAALLAH :) 

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !