Facebook Badge

Pages

Monday, October 22, 2018

AKU DAN ANXIETY DISORDER

Anxiety disorder adalah satu penyakit berkaitan dengan kebimbangan yang melampau. Permulaan, seseorang itu akan mengalami serangan panik. Dan seterusnya akan berlaku anxiety disorder ini. Simtptom yang berlaku adalah sama dengan simptom serangan jantung, oleh itu rata rata orang yang mengalami panic attack akan berasa takut terkena heart attack. Selain itu, nafas berasa pendek, dada ketat, tangan kebas kiri dan kanan. Fikiran seperti melayang, takut untuk tidur dan berasa seperti hendak mati. 

Aku juga adalah salah seorang yang mengalami penyakit. Hampir 5 tahun. Strugglenya aku nak hidup normal macam orang lain, hanya Allah sahaja yang tahu. Bila diingat semula macamana pertama kali aku diserang penyakit yang merubah hidup aku 360 darjah, aku jadi takut. Since aku dah terkena penyakit buat pertama kali time tu, sejak dri tu aku berulang alik hospital. Darussyifa. Aku takut untuk berseorangan. Aku takut nak tidur. Aku takut dengan semua benda. Hatta nyamuk gigit pun aku jadi takut. Aku jadi overthinking. Aku berhenti kerja notis 24 jam sebab aku jadi takut untuk drive kereta tapi orang tak faham. Orang ingat aku saja buat2 sakit. Takpe. Aku fikir ada hikmahnya aku behenti kerja. At least, Allah nak jauhkan aku dari kerja yang bergelumang dengan perkara yang Allah tak suka. Sakit ini slowly ubahkan aku. Even aku rasa aku time tu almost totally give up dengan life aku, tapi aku tahu Allah akan hadiahkan kemanisan untuk aku nanti. Allah rindu aku. Allah nak tegur aku. Allah nak cakap aku dah jauh sangat time tu. Aku refer doctor then dalam banyak2 doc aku jumpa, ada sorang doctor aku akan ingat sampai bila2, dia tak nak check aku sebab aku cakap aku anxiety. Dia letak pen terus. Dia cakap, orang ada anxiety lagi susah nak handle dari orang yang menipu MC. Aku rasa nak nangis dan marah. But why? Dia cakap anxiety suka create benda yang takde. Doc tu suruh aku selawat. Amalkan. Banyakkan berzikir. Yes. Aku juga pernah rujuk psikatrik tapi aku give up. Sebab tak jugak tenangkan hati aku. Aku lastly pilih untuk sembuh sendiri tapi sampai skrg still struggle dengan positifkan diri aku. Doakan aku. Aku sedang cuba skrg ni. 


For those yang sama2 tengah struggle lawan sakit ni, you all tak keseorangan. Ramai lagi yang sedang struggle sama2 kita. Jangan harap orang yang tiada sakit ni untuk faham kita sebab takde siapa yang tak pernah rasa boleh faham. Lawan. Yes. Mmg kadang2 susah, aku sendiri pun kadang2 tumbang untuk lawan. Allah takkan uji kalau kita tak mampu. Skrg ni, sakit ni slowly datang balik attack aku. Dah 4 tahun dia senyap sebab nak bagi ruang aku study tp tepat malam aku habis exam untuk final year, dia datang. Until saat aku menaip untuk update blog skrg ni. Aku nak nangis tapi aku takut aku jadi bertambah overthinking. Jadi aku tahan. Aku luahkan kat sini. Orang takkan boleh hadam apa yang kita rasa. Malam ni yang triggered anxiety datang , puncanya petang tadi aku macam excited tengok langit cantik, aku snap banyak kali dari dalam kereta. Tapi malam ni bila aku tengok balik gambar tu, aku jadi overthinking. Kenapa? Kenapa? And banyak kali perkara yang jadi dalam life aku minggu lepas yang sangat triggered anxiety untuk datang attack. Tengah tidur tiba2 terjaga dan rasa sangat takut tu dah jadi perkara biasa. Datang tempat intern esoknya, orang cakap aku lemau. Mcm lemau. Orang takkan faham. Jadi mampu senyum je. 

AKU TAK MINTAK BANYAK BENDA TAPI AKU NAK SANGAT LIFE AKU YANG DULU. HIDUP NORMAL MACAM DULU 😭

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

No comments:

Post a Comment