Facebook Badge

Pages

Thursday, July 9, 2015

Anxiety Disorder.

Assalamaulaikum,

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika saya tak balas komen pada artikel anxiety sebelum ni. saya memang jarang sangat bukak blog. bila kesempatan je saya bukak.

Dulu bila saya mula2 kena, saya pun terfikir adakah saya keseorangan sakit ni? sampai lah saya jumpa group di facebook. Rupanya ramai lagi yang senasib macam saya iaitu anxiety disorder. banyak kata2 semangat dari ahli group yang buat saya kuat untuk lawan.

berkaitan dengan psikiatri, itu adalah salah satu jalan dan usaha kita untuk sembuh. saya sendiri pun mula2 berjumpa dengan psikiatri. takde rugi kalau jumpa. tapi sesiapa yang tak rujuk kepada psikiatri pun boleh sembuh asalkan kekuatan pada diri kita itu ada.

Saya faham bukan mudah untuk lawan. Saya dulu pun sama. makan masa juga untuk sembuh. tapi saya tak suka ANXIETY ni jadi saya beranggapan benda atau perkara yang saya tak suka, saya akan hilangkan dari hidup saya jadi susah macamana saya tetap akan lawan untuk hilangkan.

Alhamdulilah, sekarang saya semakin okay walaupun kadang2 anxiety ni ada datang juga.
bukan mudah untuk hilangkan sepenuhnya. mungkin kekuatan saya tak sekuat orang lain jadi tak mudah untuk anxiety ni hilang dari hidup saya. mungkin kakak dan abang2 yang kena anxiety ni lebih kuat dari saya. Jadi saya boleh , saya pasti orang lain boleh jugak.

Dulu bila saya terkena simptom "macam nak mati", mula2 memang gelabah sangat. menangis. takut. bila saya join group, banyak berkongsi pengalaman dengan orang yang berpengalaman, saya makin kuat hadapi simptom tu. bila simptom tu datang, saya akan berfikir "dari mula2 aku fikir macam tu, tapi sampai sekarang aku okay lagi. lagipun mati itu kan pasti. aku kena positif. ni semua anxiety. simptom anxiety. jadi aku okay je. aku tak sakit".

bila terkena simptom jantung berdebar laju dulu, saya akan terfikirkan sakit jantung. tapi sebenarnya takde pape pun yang jadi. kita cuma perlu berfikir ni semua anxiety. tarik nafas dalam2, tenangkan diri dan fikir kita takde pape. buat berulang kali, InsyaAllah, dalam beberapa minit kita akan okay. tenangkan diri dulu okay? InsyaAllah.
haa! lagi satu jangan google simptom sakit jantung. saya dulu pun suka mengoogle. buat macam ni akan buat kita jadi lebih panik. simptom anxiety ni bila dillihat memang lebih kurang dengan sakit jantung tapi kita bukan sakit jantung tapi anxiety sahaja. mainan fikiran sahaja. jadi mohon sangat bila kena simptom debar, sakit dada, nafas macam berat , jangan google. saya penah buat saya penah rasa macamana lepas google, memang tak membantu untuk okay kalau google. okay? InsyaAllah kita semua akan okay. :)

saya harap semuanya akan sembuh. bersabar dan teruskan bersabar. banyakkan berdoa. semua yang terjadi ada hikmahnya. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menghadapinya :) INSYAALLAH :) 

done ? so kalau suka , LIKE jer dan FOLLOW !

14 comments:

  1. saya setuju...yg penting sabar dan redha...releks..ingat Allah banyak2..zikrullah

    ReplyDelete
  2. saya setuju...yg penting sabar dan redha...releks..ingat Allah banyak2..zikrullah

    ReplyDelete
  3. Salam.. saya pun ada masalah Anxiety Disorder ni.. dah 4 tahun.. tak tahu nak cerita dengan siapa.. tapi kalau sudi, ni email saya.. senjalara6@gmail.com syabil huhu

    ReplyDelete
  4. As salam semua,sy tetiba je jadi susah nk bernafas,semua test dah buat keputusan normal,sy alami dah setahun lebih,keadaan masih sama on / off.siapa nasib sama cm sy boleh contek sy 0148292889 bertukar fikiran.

    ReplyDelete
  5. Baru kna 2 minggu. Down tros. At work, at home. Hanya pikir 'masa' yg dah 'tiba' rupanya ramai yg kna bgini. Boleh share 0196080007

    ReplyDelete
  6. saya mencari teman saya mempunya anxiety disorder 0126344863

    ReplyDelete
  7. Sy mngalami simptom2 yg telah disebutkn wlupun bukan semua

    ReplyDelete
  8. Sy mngalaminya juga

    ReplyDelete
  9. Betul apa yg sis tulis. Sy pun begitu. Masih dlm sesi pemulihan. Keadaan semakin baik tp kadang2 masih ada anxiety attack. Buat deep breathing dan fikir xde pape...

    ReplyDelete
  10. Sesapa yg ada anxiety ingin join group WhatsApp anxiety boleh WhatsApp sy 01156622411

    ReplyDelete
  11. ape nama group kat fb tu? boleh share?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaykum sis. Masih active kat blog ni? Saya ada soalan dan perlukan seseorang yang mengalami situasi yang sama untuk faham.

    ReplyDelete